Menteri baru kroni Khairy?

Lima ahli parlimen Umno berontak?

Menurut Ruhanie, mereka yang “memberontak” itu dikatakan menudingkan jari kepada menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin, sebagai individu yang telah memanipulasikan senarai pelantikan kabinet yang diumumkan oleh Abdullah.


"Kata mereka, sebilangan besar muka-muka baru yang dilantik ke jawatan menteri penuh dipercayai adalah kroni-kroni Khairy," katanya.

Setakat ini hanya dua ahli parlimen Umno menolak pelantikan mereka ke kabinet.

Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, wakil Jerantut, dilaporkan menolak jawatan timbalan menteri luar dengan alasan beliau telah lama berkhidmat dan sewajarnya diberikan jawatan menteri.

Ahli parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman, pula menolak jawatan timbalan menteri pengangkutan - dilaporkan atas sebab yang sama.




source: Malaysiakini

No comments: