Formula 1969?

Dr Mohd Khir berkata Umno dan BN mengalami krisis dan pertukaran kepemimpinan dalam tempoh 10 tahun sekali, bermula kekalahan teruk pada 1969 dan rusuhan kaum.

"Akibat kekalahan itu, kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk membantu ekonomi khususnya orang Melayu," katanya.

Umno juga, tambahnya, membuat pertukaran kepemimpinan pada 1981 selepas krisis politik hujung 1970-an, dan kemudian diikuti pertembungan kumpulan Tengku Razaleigh Hamzah dengan presiden waktu itu Tun Dr Mahathir Mohamad pada hujung 1980-an.

Krisis dalam Umno muncul lagi, kata Dr Mohd Khir, pemecatan timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 dan kemunculan gerakan reformasi dan kini parti itu berdepan krisis susulan ketewasan mengejut dan besar-besaran dalam pilihanraya umum lalu.

"Formula mana yang kita mahu guna? Formula 1969 atau formula 1999?" katanya lagi.

Dalam pilihanraya 1999, BN mengalami kekalahan teruk apabila Terengganu jatuh ke tangan PAS dan parti itu mula membuka langkahnya ke Perak, Pahang, Perlis dan Selangor.



Malaysiakini

No comments: