
Pada
4 Februari 1988, Hakim Datuk Harun Hashim , Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur telah mengisytiharkan UMNO adalah sebuah pertubuhan yang tidak
sah (pertubuhan haram) kerana telah melanggar Akta Pertubuhan. Dengan
UMNO dan Pergerakan Pemuda UMNO telah berkubur. UMNO Baru telah
ditubuhkan pada 13 Februari 1988 dan perkataan 'baru' telah dikabur
serta dhapuskan sama sekali. Pada 21 Mei 1988,
Akibatnya UMNO tidak lagi menjadi parti tunjang kepada parti pemerintah
iaitu Barisan Nasional. Oleh yang demikian Tun Dr Mahathir Mohamad telah
menyerahkan tugas Pengerusi Barisan Nasional kepada Presiden MCA ketika
itu , Tun Ling Liong Sik.
Dengan itu juga Tun Dr Mahathir Mohamad tidak layak menjadi Perdana
Menteri Malaysia kerana parti teras telah diharamkan buat beberapa
ketika. Berlaku kekosongan 'Perdana Menteri Malaysia' buat beberapa hari
(10 hari) sehinggalah UMNO Baru ditubuhkan.
Menurut tafsiran Perlembagaan Persekutuan , Perdana Menteri Malaysia
ketika itu ialah Tun Ling Liong Sik. Walaupun bagaimanapun tidak berlaku
perlantikan watikah secara rasmi daripada Yang diPertuan Agung kepada
Tun Ling Liong Sik.
Dalam tempoh 4 Febuary sehingga 13 Febuary tempoh 10 hari
tersebut Barisan Nasioanl melantik Ling Liong Sik (Presiden MCA) dan
telah di serahkan tugas sebagai Perdana Menteri Malaysia, walaupun tidak
mendapat watikah perlantikan dari Yang Di Pertuan Agong.
Perkataan 'Baru' telah dikaburkan dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu ('Baru') kerana menurut tafsiran mahkamah, UMNO lama dan UMNO
Baru adalah berbeza, bukan parti yang sama. Pengamal undang-undang
memberi tafsiran berbeza-beza sama ada UMNO Baru sama dengan UMNO lama
kerana Akta Pertubuhan tidak membenarkan perkara-perkara sebegini.
source: http://networkedblogs.com/CqqeI
No comments:
Post a Comment