Tak sukar untuk memahami sejarah IPP
di Malaysia. Kami akan guna bahasa & penjelasan yang cukup mudah
difahami disebalik perjanjian IPP yang telah memberikan tekanan yang
cukup hebat kepada TNB, PETRONAS dan juga anda sebagai rakyat Malaysia
yang merupakan pengguna tenaga elektrik di Malaysia….
Ini merupakan perjanjian PPA yang
pertama ditandatangani oleh TNB dengan IPP untuk operasi Stesen
Janakuasa Bebas Paka dan Pasir Gudang. Perjanjian PPA yang pertama ini
akhirnya telah membuka pintu kepada taikun-taikun tersohor Malaysia pada
masa itu untuk bersama-sama menjadi kalangan pemain utama industri IPP
di Malaysia. Akhirnya pada akhir tahun 1993 monopoli TNB dipecahkan
dalam sektor pembekalan tenaga negara apabila tertubuhnya 5 IPP yang
berperanan membekalkan 30.99 peratus bekalan elektrik kepada Grid
Kebangsaan.
- YTL Power Generation Sdn. Bhd. – Tan Sri Dato’ Seri Dr. Yeoh Tiong Lay (Pemain pertama yang menandatangani PPA dengan TNB)
- Segari Energy Ventures Sdn. Bhd – Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
- Port Dickson Power Bhd – Tan Sri T. Ananda Krishnan
- Powertek Bhd - Tan Sri T. Ananda Krishnan
- Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. – Tan Sri Lim Goh Tong
Setiap apa yang terjadi pasti ada puncanya. Apa puncanya sehingga munculnya IPP dalam industri tenaga negara?
- Semuanya bermula apabila berlakunya
blackout yang terburuk pada tahun 1992 sehingga menyebabkan sebahagian
Malaysia “gelap-gelita” selama tempoh 48 jam dan mencetuskan kemarahan
& bantahan orang awam
- Akibatnya, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyalahkan monopoli TNB dalam penjanaan tenagaan elektrik negara di atas masalah yang berlaku pada tahun 1992 itu
- Akhirnya, IPP telah diberikan peranan dalam sektor industri tenaga negara
Pada masa itu apabila peluang dibuka
untuk kontrak IPP, ramai yang membida kontrak IPP sehingga sekitar 150
permohonan telah masuk dalam Unit Perancang Ekonomi (EPU) termasuklah
jutawan dan taikun tersohor Malaysia pada masa itu seperti :
- Jutawan seperti Yeoh Tiong Lay (YTL)
- Ananda Krishnan (Maxis)
- Lim Goh Tong (Genting)
- Syed Mokhtar Al-Bukhary (MMC Corporation)
Mereka juga turut berminat dengan
kontrak lumayan IPP ini walaupun mereka tidak mempunyai pengalaman dalam
industri tenaga negara. Mana tidaknya :
- Kontrak lumayan diikat untuk tempoh yang lama (21 tahun)
- Keuntungan IPP akan dijamin pulangan oleh kerajaan sebanyak 20% (minimum)
Kontrak IPP
mencapai ke kemuncaknya menjelang 1997, sebelum bermula krisis ekonomi
Asia di mana Malaysia pada masa itu mempunyai lebihan keupayaan tenaga
sehingga hampir 50%. Akhirnya yang terkesan TNB juga :
- TNB wajib membeli tenaga daripada IPP
walaupun TNB sebenarnya tidak memerlukan tenaga tersebut. Tetapi di atas
dasar perjanjian “berat sebelah” PPA, TNB terpaksa juga membelinya
- Sehinggalah berlakunya krisis ekonomi 1997, TNB mengalami kerugian yang terburuk dalam sejarah
- Penyelesaiannya mudahnya tarif elektrik terpaksa dinaikkan kepada anda, anda dan anda semua sebagai pengguna elektrik
Gelombang kedua IPP berlaku pada tahun
2001. Walaubagaimanapun kontrak IPP pada pada masa itu “tidak semewah”
dan “kurang istimewa” sebagaimana yang dinikmati oleh pemain-pemain IPP
semasa gelombang pertama pemberian kontrak IPP.
Walaubagaimanapun, TNB tidak keseorangan
kerana Petronas juga sebenarnya turut menerima “bala” dan menjadi
“budak belasahan” akibat wujudnya gelombang pertama IPP di Malaysia.
Petrolium Nasional Berhad (Petronas) yang ditubuhkan sejak tahun 1974
lagi turut “diperah” hasil yang diperolehi mereka.
Sejak tahun 1997 sehingga tahun kewangan
2010, subsidi gas Petronas yang terkumpul pada jumlah yang boleh
dikatakan pada angka yang mengejutkan iaitu sebanyak RM116.4 bilion. IPP
sendiri menikmati sebahagian limpahan subsidi sebanyak RM49.3 bilion
(42.3%) diikuti dengan TNB (RM37.3 bilion atau 32%) dan lain-lain
seperti kecil perindustrian, perdagangan, pengguna kediaman dan NGV
menikmati RM29.8 bilion atau 25.6%. Secara faktanya, IPP dan TNB sahaja
sudah menikmati sejumlah RM86.6 bilion atau 74.4% daripada jumlah
subsidi gas sejak tahun 1997 lagi.
Setakat ini, Petronas telah membayar
sejumlah RM529,000,000,000,000 (RM529 bilion) kepada Kerajaan
Persekutuan & Kerajaan Negeri, menjadikan Petronas adalah penyumbang
terbesar “peti simpanan negara”. Sepatutnya keuntungan Petronas adalah
berlipat kali ganda daripada yang diperolehi sekarang ini tetapi subsidi
yang tinggi diberikan kepada kepada IPP dan TNB telah mengambil
sebahagian besar daripada keuntungan bersih Petronas. Setiap tahun,
Petronas membayar berbilion-bilion ringgit dalam bentuk subsidi gas
terutamanya oleh IPP dan TNB.
Pada tahun 2005, 40.5% kos operasi TNB
telah dibelanjakan untuk membeli elektrik daripada IPP. Bagi tahun
kewangan 2010, kos tenaga TNB meningkat sebanyak 2.4% kepada daripada
- RM16.974 billion (tahun 2009)
- RM17.379 billion (tahun 2010)
Ini semua disebabkan pembayaran yang
lebih tinggi kepada Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) berjumlah RM12.528
billion meningkat sebanyak 5.9 % berbanding tahun sebelumnya (RM11.827
billion). Disebabkan kos bahanapi yang rendah, sekurangnya TNB masih
boleh untuk menyerap tekanan kos pembelian tenaga yang tinggi daripada
IPP.
Tak sukar untuk IPP buat untung atas angin sehingga menekan TNB, Petronas dan seluruh pengguna elektrik di Malaysia :
P/S : Jadi sekarang ini siapa yang
menerima subsidi antara yang terbesar di Malaysia? Mana yang lebih
penting, subsidi kepada rakyat kebanyakan atau taikun-taikun kaya di
Malaysia?
No comments:
Post a Comment