This story is taken from a status in FB. The authenticity can not be confirmed.
Read at your own risk.
Tahukah anda, Siapa Pewaris Sebenar Pusat Judi Genting?
Tauke Genting Highlands, Lim Goh Tong, semasa bekerja di Cameron Highlands tertarik dengan persekitaran
Cameron Highlands. Bila balik KL, dia pun mula mencari kawasan yang
hampir sama dengan Cameron Highlands tapi dekat dengan KL.
Cari punya cari…dia jumpa satu kawasan tanah tinggi di Gunung Ulu Kali
yang berketinggian 1800 kaki dari paras laut.
Gunung Ulu Kali terletak di tengah² sempadan Selangor & Pahang. Nak
buat apa² projek pun, bukan senang… sebab kena deal dengan dua negeri.
Tapi Lim Goh Tong bukan bodoh…sebab dia tahu orang Melayu boleh dibeli.
Tak usah kata orang kampung… bapak Menteri pun boleh dibeli.
Orang pertama dibeli oleh Lim Goh Tong ialah Tan Sri Haji Mohamed Noah
Omar. Tak usah lihat title Tan Sri atau pun title Haji. Itu semua tiada
makna. Lim Goh Tong tubuhkan Syarikat Genting Highlands Berhad &
melantik Haji Mohamed Noah sebagai Pengarah.
Lim Goh Tong berpakat dengan Mohamed Noah untuk memohon tanah seluas
12,000 ekar yang terletak dalam negeri Pahang & 2,800 ekar dari
negeri Selangor. Sudah semestinya, perkara nak minta tanah ni.. Haji
Mohamad Noah yang buat.
Kerajaan negeri Pahang meluluskan permohonan Genting Highlands Berhad
serta merta. Tapi Datuk Harun Idris yang jadi Menteri Besar Selangor
masa tu tak setuju nak bagi macam tu saja. Beliau berikan hak milik 99
tahun kepada Genting Highlands Berhad.
Goh Tong tak setuju dengan pajakan 99 tahun, sebaliknya dia mahukan
hakmilik kekal. Datuk Harun tak setuju, sebaliknya dia hanya mahu beri
pajakan 99 tahun.
Akhirnya, Datuk Mohamed Noah berjumpa dengan Tun Razak yang masa tu
menjadi Timbalan Perdana Menteri supaya mendesak Datuk Harun suruh beri
juga pd Lim Goh Tong.
Datuk Harun terpaksa bersetuju dengan Tun Razak supaya berikan tanah
seluas 2,800 ekar yang dimiliki oleh Kerajaan Selangor kepada Lim Goh
Tong. Apa tujuan untuk bangunkan Genting Highlands..yang tu aku tak
perlu cerita. Kalau yang tu pun kalian tak tau..memang bodoh la.
Tun Razak pun aku tak payah cerita.. sebab kalau tak tahu dia tu bapa
kepada Najib… tak tau nak kata la.
Cuma.. berapa ramai yang tau siapa Tan Sri Haji Mohamed Noah yang
menjadi kuda tunggangan Lim Goh Tong?
Tan Sri Haji Mohamed Noah adalah bapa mertua kepada Tun Razak. Datuk
Najib jugak!! Anak Haji Mohamed Noah ialah Rahah (mak Najib) &
Suhaila (emak Hishamuddin).
Datuk kepada Najib dan Hishamuddin adalah kuda tunggangan Lim Goh Tong
untuk mendapatkan 14,800 ekar tanah rizab Melayu untuk dijadikan pusat
perjudian terkemuka di dunia. Pak Mentua dengan menantu bersepakat
menggunakan kedudukan mereka untuk mendapatkan persetujuan dua² kerajaan
negeri.
Tun Razak dari Pahang.. jadi tak susah nak bodek Sultan Pahang. Manakala
di Selangor, Tun Razak menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan
Perdana Menteri untuk memaksa Datuk Harun Idris serahkan tanah milik
kerajaan Selangor kepada Pak Mentua dia.
Cara meluluskan Genting Highland pun semua kelam kabut. Siapa yang
menentang semua kena steamroll.
Genting Highlands Berhad ditubuhkan pada 27 April 1965. Kerja² membuat
jalan dari Genting Sempah ke puncak gunung Ulu Kali bermula pada 18 Ogos
1965. Dalam masa empat bulan, semua proses permohonan tanah selesai.
Masa tu kalau rakyat biasa nak tukar nama dalam geran pun mengambil masa
dua tahun.
Najib Razak pewaris Genting.
Sejarah selebihnya..yang tu kalian cari sendiri la. Genting Highlands
melalui beberapa proses pertukaran nama, percantuman, pertukaran
pemegang saham.. akhirnya dimiliki sepenuhnya oleh Lim Goh Tong.
Kini…ada la dua tiga kerat Melayu yang jadi Pengarah non-eksekutif
menguruskan pusat judi.
Tapi jangan risau…banyak lagi tanah² di Malaysia ni yang belum tergadai.
Semua orang mempunyai pilihan… sama ada nak terus pilih generasi Tan
Sri Mohamed Noah untuk menggadaikan tanah Melayu.. atau campak saja ke
laut.
Profil:
Tan Sri Dato’ Haji Mohammad Noah bin Omar / Maimun bin Haji Abdul Manaf
-Anaknya:
-Rahah
-Suhaila
-Fakhriah
-Abu Rais
-Tun Rahah Mohammad Noah adalah isteri kepada
Perdana Menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak Hussein (1971-1976)
-Toh Puan Suhaila menjadi isteri kepada Perdana Menteri Malaysia ke-3 ,
Tun Hussein Onn (1976-1981).
Cucunya kini Mohd Najib bin Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia
ke-6 .
Seorang lagi cucunya ialah Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang kini
menjadi Menteri Dalam Negeri dalam kabinet Najib
Umno & Genting Berhad.
Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk
kepada Datuk Seri Najib Razak & Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan
Sri Noah Omar memiliki 602,318,000 saham dalam Resort World Berhad.
Yayasan Noah memegang saham sebanyak 3,334,600 dalam Genting Berhad.
Yayasan Noah kini diwarisi oleh Najib & Hishammuddin. Bekas Ketua
Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri
Amin Othman & bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof
menjadi Pengarah Genting Berhad.
Salahsilah PM Melayu Islam Malaysia.
Buku ‘The Three Swan’ ada menceritakan perjalanan hidup keluarga ini.
Buku ini diterbitkan oleh MPH Group (M) Sdn. Bhd. setebal 320 ms,
ditulis oleh anak kedua Fakhriah, Datuk Dr. Fawzia Abdullah
Jangan salahkan pencuri.. sebab kerja pencuri ialah mencuri. Salahkan
diri sendiri sebab terus membenarkan pencuri bermaharajalela.
Pemandangan bercahaya di atas bukit genting tempat perjudiaan terbesar
di asia tenggara & pemilik terbesarnya ialah keluarga melayu mengaku
Islam & pejuang sunni...
Cuba Ulama Said Al Ghamidi diminta utk solat di situ...agak² dia cakap
Malaysia ni negara apa...lpas tu bagi dia masuk kasino tu...bagi dia
main blackjack...agak² dia akan kata apa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment