Showing posts with label 1MDB. Show all posts
Showing posts with label 1MDB. Show all posts

Tabung Haji, 1MDB

Untuk mereka yg agak kurng fhm apa yg berlaku, (sama mcm gst, ada gak segelintir yg masih kurng fhm dan brfikir spt the infamous Ahmad Maslan), sy ambil peluang ni untuk explain ckit psl issue tabung haji ni..

1. Tabung Haji beli sebidang tanah d Tun Razak Exchange project, diorng kata tu harga diskaun, pada harga rm188.5 million.

2.  Transaksi ni normal, mmg tabung haji melabur sana sini, pada mata kasar, ianya merupakan pelaburan yg masuk akal..

3. Issue dia, tanah tu dibeli dari 1MDB yang mana 1MDB beli dr kerajaan kita dgn harga rm64 sekaki.. Sebab tu Mahathir ada cakap dulu, kerajaan kita rugi sehingga 25ribu juta disebabkan 1MDB. slh satu dia ini lah.. kerajaan sudah jual tanah kat 1MDB dengan harga murah gila yang tak masuk akal..

4. So, 1MDB beli pada harga rm64 sekaki, tabung Haji beli balik dr 1MDB dgn harga rm2773 sekaki. Korng calculate la roi dia..

4. Ini yg dimaksudkan dgn Tabung Haji sbg tukang 'bail-out' kepada 1MDB yg disebut oleh Rafizi.. tukang bail out ni, mcm penyelamat la.. 1MDB gunakan kerajaan kita dan tabung haji untuk buat duit gila babeng. transaksi yg nmpk biasa dari dasar, tp ini semua hanyalah 'game' diorng, di mana mangsanya, kita lah.. diorng duk syok main kertas kerja..

Klw masih nk undi pihak2 ni, trpulang kpd anda.. anda buat keputusan nk dikira bersubahat atau tidak.. penjelasan dh dibuat..

Saya tidak faham dan saya hairan – Mohd Nadzri Kamsin

Saya tidak faham kenapa diwujudkan sebuah lagi syarikat dana kekayaan negara (sovereign wealth fund) dengan nama 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sedangkan kita mempunyai Khazanah Nasional Berhad yang sudah beroperasi lebih dua dekad?
Saya hairan melihat semua dana yang digerakkan 1MDB setakat ini semuanya dikumpul melalui penerbitan bon melibatkan nilai berbilion ringgit. Bon adalah instrumen hutang yang perlu dibayar kemudian hari. Persoalannya, adakah 1MDB merupakan satu dana kekayaan negara atau dana hutang negara (sovereign debt fund)?
Saya tidak faham kenapa sebuah syarikat yang tidak sampai setahun ditubuhkan sudah mempunyai keyakinan luar biasa untuk menerbitkan bon RM5 bilion dengan tempoh kematangan luar biasa sehingga mencecah 30 tahun dengan kadar bayaran faedah yang agak tinggi, 5.75%?
Saya tidak faham kenapa sebuah syarikat yang tidak sampai sedekad usianya sudah lebih daripada sekali lewat dalam menyiapkan laporan kewangan tahunan dan diberikan layanan khas oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan diberi tempoh penangguhan?
Kebiasaannya, ada dua sebab utama kenapa sesebuah syarikat lewat menghantar laporan kewangannya. Pertama, pengurusan rekod kewangan syarikat berserabut dan memerlukan auditor mengambil masa lebih lama untuk menyediakannya disebabkan terdapat banyak kelemahan dalam aspek dokumentasi.
Kedua, syarikat terbabit sebenarnya mempunyai tujuan untuk menipu dan memberi maklumat palsu dalam membentang kedudukan sebenar kewangannya. Kadang-kala, ada syarikat yang mengalami kedudukan kewangan lemah tetapi masih mempunyai nafsu memperlihatkan kedudukan kewangan yang kukuh dengan bermain silap mata dalam laporan perakaunan.
Saya harap bukan sebab kedua yang menjadi punca kelewatan penghantaran laporan kewangan 1MDB.
Saya hairan melihat KPMG yang dilantik sebagai auditor digugurkan dan diganti dengan auditor lain, Deloitte selepas 1MDB lewat dalam menyiapkan laporan kewangannya bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2013. Tidak dinyatakan sebab dan tujuan penggantian auditor yang dilakukan secara tiba-tiba.
Persoalannya, adakah KPMG tidak efisien dalam menjalankan kerja pengauditan atau disebabkan terjadinya ‘salah faham’ antara 1MDB dan KPMG dalam menafsirkan kedudukan sebenar kewangan 1MDB atau perkara lain yang dirancang untuk disembunyikan dalam laporan?
Saya tidak faham kenapa sebanyak AS$2.32 bilion dilaburkan di Pulau Cayman walaupun Malaysia mempunyai Pulau Labuan sebagai pusat kewangan pesisir antarabangsa yang sepatutnya diutamakan?
Saya hairan kenapa perlu dirahsiakan identiti pengurus dana dan portfolio dana pelaburan 1MDB di pulau tersebut. Walaupun diasak banyak kali, pelaburan 1MDB di Pulau Cayman masih terus menjadi misteri dan menimbulkan 1,001 persoalan.
Memang aneh melihat 1MDB terlalu berahsia mengenai duit yang dilaburkan di sana. Saya tidak nampak sebarang keuntungan strategik dengan tidak mendedahkan maklumat yang telus tentang pelaburan dibuat. Sudah menjadi amalan syarikat besar bertaraf berhad yang terlibat dalam pelbagai pelaburan melaporkan maklumat pengurus dana dan portfolio pelaburan lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan jumlah dana bernilai bilion ringgit.
Saya tidak faham dan saya hairan.
Saya berharap pihak Lembaga Pengarah dan barisan pengurusan 1MDB berhenti seketika, berfikir dan membuat refleksi diri. Jangan terlalu ghairah, nanti akan makan diri. Kalau hanya makan diri anda semua, saya tidak kisah. Rakyat Malaysia pun tidak kisah. Jangan pula di belakang hari, keghairahan dan kerakusan anda meminjam duit akan bertukar menjadi beban hutang negara dan duit rakyat menjadi mangsa. – 29 Oktober, 2014.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/saya-tidak-faham-dan-saya-hairan-mohd-nadzri-kamsin#sthash.iyjhTOtC.dpuf