Malaysia Today
What happened was that the Chief Justice had a home next door to the Agong’s and His Majesty’s house was under renovation. The Chief Justice was displeased with the noise and pollution and he wrote a letter to the Agong with copies to all the Rulers complaining about the matter. The Agong was upset with this insolence on the part of the Chief Justice. Writing a complaint letter is one thing and could be forgiven since this was a genuine grievance -- though an audience would have been the correct protocol instead of a complaint letter -- but to copy the letter to all the Rulers smacks of pressure.
The Agong was outraged and demanded that Mahathir sack the Chief Justice for this insolence that tantamount to misconduct. Mahathir, however, replied that he does not have the authority to sack the Chief Justice and that this can only be done through a Tribunal. The Agong then commanded (titah) that a Tribunal be set up, which was to report direct to His Majesty. The Tribunal found the Chief Justice guilty of misconduct and sent its recommendation to the Agong, who then removed the Chief Justice.
the dismissal of judges, were not my doing and I do not feel obliged to apologise. Ask the Tribunal to apologise.
Malaysiakini
Pada 1988, sebuah tribunal khas ditubuhkan untuk mendengar tuduhan-tuduhan salah laku terhadap Salleh dan kerana mempertikaikan pindaan perlembagaan yang telah menghakis kuasa badan kehakiman.
Hakim Mahkamah Agung - George Seah dan Wan Sulaiman - yang memutuskan bahawa penubuhan tribunal itu tidak mengikut perlembagaan - juga turut dipecat selepas didapati bersalah atas tuduhan salah laku oleh satu lagi tribunal.
Perkhidmatan tiga orang hakim - Datuk Azmi Kamaruddin, Datuk Eusoffe Abdoolcader dan Datuk Wan Hamzah Mohamed Salleh - turut digantung.
Majlis Peguam membuat saranan supaya diadakan siasatan kembali terhadap apakah yang sebenarnya terjadi disebalik krisis kehakiman pada tahun 1988 yang membawa kepada pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas dan dua orang Hakim Mahkamah Agung, Tan Sri Wan Sulaiman Pawan Teh (Allahyarham) dan Datuk George Edward Seah Kim Seng serta penggantungan terhadap tiga orang lagi Hakim Mahkamah Agung pada waktu itu.
Krisis ini mencatatkan sejarah hitam bagi Malaysia dan telah mengakibatkan berlakunya krisis keyakinan terhadap Badan Kehakiman Negara ini di mana kesannya masih belum pulih sehingga ke hari ini.
Masih banyak sebenarnya misteri yang masih lagi tersembunyi di sebalik peristiwa ini.
watak utama yang mendukung pemecatan Tun Salleh, dimana mereka ini juga masih hidup hingga ke hari ini seperti :
1) Tun Hamid Omar (bekas Ketua Hakim Negara dan Pengerusi Tribunal yang memecat Tun Salleh),
2) Tan Sri Abu Talib Othman (Peguam Negara waktu itu dan sekrang Pengerusi SUHAKAM),
3) Tan Sri Haidar Mohammed Nor (Ketua Pendaftar Mahkamah Agung waktu itu),
4) Tan Sri Sallehuddin Mohamed (Ketua Setiusaha Negara waktu itu) dan juga beerapa orang yang lain.
5) Sudah tentulah tidak terkecuali Tun Dr Mahathir Mohamed, bekas perdana Menteri yang dianggap sebagai orang yang paling tahu kenapakah Tun Salleh amat mustahak untuk dipecat
beberapa persoalan wajib dijawab dengan telus, antaranya :
1) Apakah sebab sebenar Tun Salleh dipecat ? Apakah benar dakwaan Tun Salleh di dalam bukunya, May Day For Justice bahawa ianya disebabkan Perdana Menteri waktu itu bimbang kemungkinan rayuan UMNO 11 akan dibenarkan sekiranya Tun Salleh bersama dengan 8 orang lagi Hakim Mahkamah Persekutuan membentuk korum penuh bagi mendengar rayuan tersebut dan sekiranya rayuan tersebut dibenarkan kedudukan Dr Mahathir selaku Presiden UMNO tidak akan selamat?
2) Kenapakah Tun Hamid Omar yang turut menghadiri mesyuarat tergempar hakim-hakim pada 25 Mac 1988 bagi membincangkan serangan Dr Mahathir terhadap Badan Kehakiman tidak diambil tindakan yang sama ? Kenapa Tun Hamid dilantik sebagai Pemangku Ketua Hakim Negara yang memecat Tun Salleh sedangkan beliau juga hadir di dalam mesyuarat 25 Mac tersebut di mana di dalam mesyuarat tersebut sebulat suara mewakilkan kepada Tun Salleh untuk menulis surat kepada Yang Di Pertuan Agong, yang mana kemudiannya surat tersebut yang bertarikh 26 Mac 1988 telah dijadikan sebab bagi menuduh Tun Salleh melakukan salah laku ?
3) Kenapa Tun Hamid Omar juga turut dilantik sebagai Pengerusi Tribunal bagi membicarakan Tun Salleh sedangkan dia turut mempunyai konflik kepentinmgan disebabkan selaku Hakim Besar Malaya pada waktu itu beliau menjadi orang yang paling utama untuk dilantiuk menjadi Ketua Hakim Negara sekiranya Tun Salleh dipecat ?
4) Kenapa Tan Sri Wan Suleiman dan Dato George Seah dipecat dan 3 orang Hakim lagi digantung disebabkan mengadakan sidang Mahkamah Agung yang megeluarkan perintah injunksi menegah Tribunal dari menyampaikan representasinya kepada yang Di Pertuan Agong sedangkan sebenarnya Tun Salleh sudah memfailkan di Mahkamah Tinggi bagi mencabar keesahan Tribunal tersebut ?
Dan banyak lagi persoalan-persoalan yang masih tidak terjawab.
KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT
Oleh Azamin Amin
Mahathir 'menyingkirkan' Salleh bukan kerana kesalahannya tetapi lebih kepada untuk 'survival' karier politiknya dan Umno.
Ketika itu, katanya berlaku pertembungan antara Tengku Razaleigh dengan Mahathir yang mengakibatkan perpecahan Umno hingga membawa kepada perbicaraan mahkamah.
Salleh, katanya yang disifatkan seorang lurus, telah memutuskan supaya kes tersebut didengari sembilan hakim, manakala kes ISA yang dibawa oleh Karpal Singh dihadapkan kepada lima hakim.
"Setelah Mahathir mendapat tahu, beliau berusaha 'menyingkirkan' Salleh kerana Mahathir tidak bersedia kepada keputusan hakim yang mengejutkan," katanya.
Justeru, katanya Mahathir menyingkirkan Salleh untuk digantikan hakim baru yang boleh dijangka keputusannya.
